Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata beliau tidak selesa dengan ‘politik wang’ yang diamalkan dalam Umno, walaupun tidak bersetuju tindakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.
Menurut laporan akhbar Mingguan Malaysia, Abdul Kadir berkata, ‘rasuah’ itulah yang mendorong beliau untuk meninggalkan Umno pada 2012.
“Saya berasa sedih kerana (Dr Mahathir) terpaksa mengambil jalan sehingga ke tahap itu (mahu menjatuhkan Najib)
“tetapi saya faham kerana saya sendiri telah terlibat dengan Umno selama 56 tahun.
“Untuk 56 tahun, saya pernah menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam Umno – 10 tahun sebagai ahli exco Pemuda Umno,
“26 tahun sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, 30 tahun sebagai ahli Parlimen. Tetapi mengapa saya meninggalkan?,”ujarnya.
“Saya meninggalkan (Umno) kerana orang mencabar saya, kerana saya tidak bersetuju dengan amalan politik wang.
“Jadi saya boleh memahami bahawa mungkin Tun Dr Mahathir adalah perasaan kekecewaan yang melampau ke titik bahawa dia bersedia untuk berbuat demikian, “katanya.
Justeru itu apakah lagi kebenaran yang diperlukan oleh orang-orang Umno untuk meninggalkan parti ‘usang’ itu?
Bekas Perdana Menteri dan juga bekas Presiden Umno paling lama, Mahathir sudah keluar, meninggalkan Umno, kerana beliau yakin ‘anak didiknya’ Presiden Umno Najib Razak melakukan salah laku.
Apa bukti lagi yang diperlukan oleh ahli-ahli Umno, selain pengakuan Tan Sri Kadir, tentang politik wang Umno?
Lima Puluh Enam tahun Tan Sri Kadir ‘hidup’ dengan Umno bukannya masa yang singkat.
‘Tempat jatuh lagi dikenang’ ini kan pula tempat tidur baring dan makan minum, serta bergurau senda.
10 tahun sebagai Exco Pemuda dan 26 tahun menjawat kedudukan Majlis Tertinggi Umno, tentunya tidak mudah-mudah bagi beliau untuk keluar dari Umno.
Kalau nak dibandingkan dengan ahli-ahli Umno yang lain, Tan Sri Kadir sudah menelan ‘banyak keris’ dan mungkin darahnya lebih ‘biru’ hampir hitam, kerana sudah bergelumang dengan Umno dan Barisan Nasional.
Jika nak dikirakan pangkat, berbanding ahli-ahli cawangan Umno, pastinya Tan Sri Kadir dan Tun Mahathir lebih ‘kasih’ kepada Umno dan Barisan Nasional.
Apalah sangat jawatan Ketua Cawangan atau Penyelaras DUN, jika dibandingkan dengan dua bekas pemimpin Umno yang pernah menjadi Menteri dan Perdana Menteri.
Namun akhirnya mereka berdua mengucapkan ‘selamat tinggal’ Umno!
Ahli-ahli Umno yang lain wajar mengikuti jejak langkah dua negarawan yang juga pemimpin yang mereka hormati itu……….





























