Agihan BERKAT 3.0 Berterusan Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’.

193

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menerusi Pusat-pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN), meneruskan agihan Bantuan Ekonomi Rakyat (BERKAT 3.0).

Pengarah Pilihan Raya PAS, YB Ariffin Deraman berkata, bantuan itu menyasarkan penduduk kampung yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.

“Saya dan Pusat Khidmat Masarakat ADUN Alur Limbat meneruskan lagi penyampaian sumbangan di Kampung Taman Desa Salam.

“Kami menyasarkan kepada golongan yang terkesan Seramai 30 orang menerima sumbangan wang tunai, beras dan barangan dapur,” ujarnya.

Kata beliau, pemberian tersebut dijalankan secara berperingkat dan berharap golongan yang layak bersabar, kerana pihaknya akan mengagihkannya secepat dan sebaik yang mungkin.


Beliau yang juga ADUN Alor Limbat dan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, hari ini, turut menyantuni kelompok Pemandu Bot Penambang dan Penarik Beca.

“BERKAT 3.0 menyasarkan golongan yang hilang pekerjaan ataupun mereka yang bekerja gaji hari tetapi terjejas pendapatan akibat PKP penuh atau “Lockdown” yang sedang dilaksanakan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Majlis Penyampaian Bantuan ‘One Off’ kepada golongan terbabit disertai Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Jeti Bot Penambang Pasar Payang.

“Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka.” tambah beliau.