Oleh: Zaiem Al-Hilmee
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), sebuah NGO koalasi belia Islam Asia baru melabuhkan tirai Ijtima’ Kepimpinan Belia Islam Asia sempena mesyuarat tahunannya kali ke-8 pada 25-27 Disember 2015.
AFMY telah diasaskan oleh al-Marhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik pada 14 Jamadil Awwal 1422H bersamaan 4 Ogos 2001 di Makkah Al-Mukarramah.


AFMY terus berusaha menjadi sayap koalasi belia yang terpenting di Asia dimana ia pernah dikemudi oleh beberapa orang presiden antaranya Amanullah Khan (India), Ustaz Abu Bakar Chik (Malaysia) dan Dr Kamaruzzaman Yusoff (Malaysia) berikutan pemergian Ustaz Abu Bakar ke rahmatullah pada tahun 2014.
Matlamat AFMY yang berusaha membentuk belia Muslim yang berkepimpinan, releven dan berpengetahuan bagi membangunkan umat Islam melalui aspek dakwah, kebajikan, ekonomi dan pendidikan. Ia juga berusaha menyelesaikan isu dan cabaran yang mendepani umat Islam di Asia dan perkara ini telah diterjemahkan melalui beberapa kupasan perbincangan yang penting di dalam Ijtima’ berkenaan.


Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi juga meminta para pemuda dari pelbagai kumpulan Islam di Asia dapat berfikir dengan bijaksana iaitu bertindak dengan konsep muwajahah silmiyyah (secara damai) dalam menghadapi dan memimpin umat Islam di Asia agar pertembungan kumpulan dari berbeza ideologi Islam seperti yang berlaku di Asia Barat tidak dialami di Asia Tenggara.


AFMY melalui sayap ekonominya, International Muslim Business Network (IMB Net) berusaha mengumpulkan lebih ramai usahawan Muslim di sekitar rantau Asia bagi membina kekuatan terhadap pembangunan ekonomi umat Islam yang lebih baik di masa hadapan. IMB Net yang kini mempunyai ribuan keahlian dari pelbagai negara di Asia terus memastikan agar ia dapat membantu membela nasib umat Islam.


Ijtima’ AFMY juga telah mengangkat kepimpinan yang baru bagi sesi 2015-2017 iaitu Sdra Iman Budiman (Indonesia) sebagai presiden, Dr Kamaruzzaman Yusoff (Malaysia) sebagai timbalan presiden, Faisal Javed (Pakistan) sebagai naib presiden, Dr ‘Abdul Muntaqim Abu Bakar sebagai setiausaha Agung dan Azri Mohammad (Singapura) sebagai bendahari yang baru. Manakala, pengurus wilayah-wilayah Asia pula telah dilantik dan ia akan beribu pejabat di Malaysia.
***Zaiem Al-Hilmee ialah Anggota Sekretariat AFMY dan Setiausaha Panitia Ijtima’ Kepimpinan AFMY dan AGM Kali Ke-8. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah





























