ADUN Sura hargai jasa anggota bomba

1352
http://buletinonline.net/images/stories/berita47/kekbomba.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/kekbomba.jpgDUNGUN – Tugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat bukanlah suatu tugas yang ringan dn memerlukan seseorang yang benar-benar berdidisiplin dan dedikasi bagi melaksanakannya.

Pengorbanan besar para anggota Bomba dan Penyelamat khususnya ketika melaksanakan tugasan dalam operasi menyelamat samada kebakaran, banjir dan bencana serta malapetaka lain seharusnya diiktiraf oleh masyarakat.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengambil inisiatif menghargai peranan besar anggota bomba ini dengan menyampaikan simbolik penghargaan, sempena Hari Anggota Bomba 2011.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Dungun, meskipun tidak dapat hadir, telah menghantar wakilnya bagi menyerahkan kek ‘Selamat Hari Bomba’ kepada pasukan berkenaan.

Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed mewakili ADUN Sura menyampaikan sumbangan kek tersebut pada 12 Mei, baru-baru ini di Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, di sini.

sumber:http://dunsura.blogspot.com