ADUN PAS Kemaskini Data Keluarga Miskin

797

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) berkata, bantuan tahunan itu bertujuan meringankan bebanan keluarga yang kurang bernasib baik.

“Kita tidak mahu kerana kemiskinan, anak-anak ini tidak dapat menikmati keselesaan dan merasai kesempurnaan untuk menuntut ilmu. Justeru kami di sini sentiasa prihatin dan akan cuba sedaya upaya membantu mereka agar dapat menikmati keperluan persekolahan lengkap seperti anak-anak lain yang bernasib baik.

“Bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menerima, kami sentiasa mengemas kini data yang ada agar tidak timbul masalah ‘terlepas pandang’ dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Syed Azman berkata, walaupun tidak mempunyai peruntukan khas daripada kerajaan, namun pihaknya tetap memastikan rakyat ditimpa musibah diberikan bantuan segera dalam pelbagai bentuk menggu-nakan peruntukan sendiri yang dikumpul dengan pelbagai cara.

“Masalah peruntukan tidak jadi halangan pada kami untuk membantu rakyat, terutama mereka yang ditimpa musibah. Baru-baru ini, tujuh buah keluarga di sini yang menjadi mangsa ribut menerima bantuan baik pulih rumah.

“Peruntukan tersebut hasil daripada tabung kami sendiri dan sumbangan daripada ahli serta orang ramai,” katanya.