Terengganu, Malaysia

ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Makan Durian

ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Makan Durian3

Oleh : KHALID ABDULLAH

KEMAMAN – Seramai 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Gelugor, Kertih dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bandar Kertih mendapat pengalaman bermakna apabila berpeluang melawat dusun dan menikmati buah durian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Yang Berhormat Ir Saiful Azmi Suhaili yang meraikan pelajar-pelajar tersebut pagi tadi, di sebuah dusun berhampiran Kg Batu Putih, di sini, ternyata tidak menang tangan melayan keranah mereka.

“Alhamdulillah semuanya gembira, pelajar-pelajar cukup seronok dapat menaiki kenderaan 4×4, melawat sekitar dusun serta memakan raja buah (durian) ini.

ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Makan Durian

“Pendedahan kepada aktiviti luar sebegini perlu, untuk menambah keyakinan mereka mengharungi kehidupan seharian walaupun mereka ada sedikit kekurangan.

“Guru-guru dan sukarelawan banyak membantu kejayaan program, dusun ini juga sesuai dan selamat untuk pelajar-pelajar mendapat pengalaman baru,” ujar Ir Saiful Azmi lagi.

ADUN Kemasik itu juga mengucapkan perhargaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan Kertih (Perbaik) yang menganjurkan program sebegini sebagai tanda keprihatinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut terhadap nasib pelajar-pelajar istimewa ini.

“NGO Perbaik sangat aktif membantu kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Dun Kemasik, tahniah kepada mereka, kita boleh berkolabraksi lagi di masa akan datang, “kata beliau.
ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Makan Durian

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan