Kemenangan Hari Ini, Satu Permulaan Pembebasan Palestin

221

Oleh : Nooreni Abu Bakar

MARANG – Perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin memakan masa yang lama dan kemenangan hari ini adalah permulaan pembebasan seluruh bumi Palestin.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ianya juga ke arah sikap yang lebih tegas daripada negara-negara Islam untuk membantu rakyat Palestin.

“Gencatan senjata ini menunjukkan kemenangan saudara-saudara kita di Palestin dan kekalahan negara haram Israel,” katanya.

Pengerusi Aid For Palestin itu berkata demikian selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini pagi tadi mengulas genjatan senjata antara Israel dan Palestin.

Ujarnya lagi, walaupun jumlah yang terkorban di pihak Palestin lebih ramai jika dibandingkan dengan negara haram Israel.

“Namun kita perlu lihat dari sudut-sudut yang banyak di antaranya ialah kalau kita perhatikan kelengkapan tentera zionis Yahudi jauh lebih ke hadapan berbanding dengan kelengkapan saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza.” tegasnya.