MARANG – Seramai 81 orang remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun yang tinggal di DUN Rhu Rendang telah menyertai Program Junior Rhu Rendang Hebat (JURRUH) Siri 7.0.
Naib Penyelaras Majlis Tindakan DUN(MTD) Rhu Rendang, Mohd Embong berkata program tersebut bukan sekadar mengisi masa cuti sekolah, tetapi peluang untuk membina sahsiah, keyakinan diri dan disiplin anak-anak.
“Di samping membantu mereka bergaul dalam suasana positif, mengasah kemahiran berpasukan serta menikmati aktiviti ‘outdoor’ yang sihat dan mencabar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian di program tiga hari dua malam yang bertempat di D’Khaleeda Lodging Gong Nangka, di sini yang bermula pada 19 Disember dan berakhir 21 Disember.


Menurutnya, mereka mesti diajar dan dipupuk supaya dapat memahami dan mengamalkan ilmu yang diterima untuk dilaksanakan di zaman yang serba mencabar ini.
“Budaya yang ada dalam negara kita ini sangat mencabar, oleh itu perubahan dalam hidup sangat ketara, sebab itulah bila adanya program,
“kita sertai kerana manfaatnya kita dapat ambil, dapat sesuatu ilmu laksanakan, supaya kita jadi manusia yang berakhlak dan bertaqwa”, tegasnya ketika merasmikan majlis penutup program tersebut.


Turut hadir Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Ustaz Najmuddin Rani dan Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, Ustaz Ziyad Zakaria .
Sementara itu, wakil Pengarah Program Nur Akmal Batrisyia Ahmad berkata
secara peribadinya, beliau yang pertama kali terlibat dengan kem tersebut amat teruja dengan pengisiannya yang bukan sahaja melatih fizikal yang cergas tapi juga membina kecerdasan mental.
“Menerusi program itu peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti menarik sky trek, explorace, pengurusan jenazahdan Lokan Hunter,
“Selain itu juga, akviti-aktiviti pengisian rohani dengan berqiamullail, pengisian ilmu oleh penceramah yang telah dijemput ,” katanya.






























