81 NGO Syria Bantah Hasrat Rusia Tutup Sempadan

135

Sebanyak 81 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa yang menjalankan kerja-kerja bantuan di Syria menolak hasrat Rusia untuk menyekat bantuan kepada negara itu.

Dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu, mereka turut menentang penutupan pintu al-Hawa, sempadan antara negara itu dan Turki, merupakan laluan terakhir bagi menyampakan bantuan kepada lebih dari 4 juta penduduk. .

Ketua Persatuan Bantuan Kemanusiaan, Khalid al-Fajir berkata, PBB telah mengeluarkan kenyataan kepada negara-negara anggota mengenai keadaan hidup penduduk di rantau itu.

“Menutup pintu ini akan menyebabkan 4.5 juta orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, kehilangan bantuan masuk,” kata Fajir, sambil menyatakan bahawa tujuan semua NGO yang mengambil bahagian dalam pernyataan tersebut menekankan keentingan Pintu sempadan al-Hawa.

“Beberapa negara melakukan upaya menentang keputusan ini,” katanya dan menegaskan, tidak ada jalan alternatif selain sempadan itu.

“Setiap keputusan menentang bantuan kemanusiaan akan mengakibatkan bencana di wilayah ini,” jelasnya.

Olrh itu, beliau menyeru negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB untuk memenuhi komitmen mereka mengenai resolusi bantuan kemanusiaan adalah tidak berpihak.

“Kami juga ingin menunjukkan bahawa tidak dapat diterima bahwa kita harus menekankan pentingnya mekanisme bantuan rentas sempadan setiap tahun. Kuasa PBB untuk akses kemanusiaan rentas sempadan mesti dilindungi, ” kata mereka dalam kenyataan itu.