KUALA TERENGGANU – Seramai 8,000 anak muda dari negeri Terengganu akan turun menyertai Himpunan Rakyat ‘Turun Anwar. pada 26 Julai ini, sebagai tanda solidariti bersama kebangkitan rakyat mendesak kerajaan menyelesaikan isu-isu semasa yang membebani kehidupan.
Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Hamdi Harun berkata, semua peserta yang akan hadir dari pelbagai arah, sama ada menaiki bas, bermotosikal, berkumpulan atau secara individu
“Arahan kerahan telah dikeluarkan ke semua kawasan dan DUN. Kita yakin anak muda Terengganu cukup bersedia, insaf dan faham kenapa rakyat perlu bangkit kali ini. Ini himpunan aman, penuh tertib tapi mesejnya jelas,” katanya.


Beliau yang dihubungi turut merakamkan penghargaan atas kesediaan para pemuda berkorban nasa, tenaga dan wang untuk turun menyerta Himpunan tersebut.
Oleh itu, Ustaz Hamdi mengingatkan mereka agar menjaga disiplin dan membawa akhlak Islam yang tinggi sepanjang perhimpunan.
“Kita bukan datang untuk buat huru-hara, tapi untuk sampaikan suara rakyat secara aman dan bermaruah.
“Harapan kami, setiap langkah kalian dikira sebagai amal soleh dan menjadi titik perubahan buat masa depan negara,” tambah beliau.
Beliau menekankan bahawa himpunan kali ini bukan semata-mata protes, tetapi merupakan isyarat jelas kepada kerajaan agar tidak mempermainkan nasib rakyat dengan penyelesaian bersifat kosmetik dan sementara.





























