74 Juta Di wilayah Arab Berisiko COVID-19

779
Masalah air yang meruncing di Yaman

Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) mengatakan pada hari Rabu bahawa 74 juta orang kekurangan akses kepada kemudahan pencucian tangan untuk mencegah penyebaran wabak coronavirus di negara-negara Arab.

Agensi yang berpusat di Beirut mengakui tindakan mencuci tangan dengan sabun dan air berkesan terhadap virus tersebut dan menegaskan permintaan air untuk mencuci tangan meningkat antara sembilan hingga 12 liter setiap orang sehari.

Ia bermakna peningkatan keperluan purata harian empat hingga lima juta meter padu dalam setiap isi rumah.

Situasi ini menjadi lebih teruk dengan bekalan air paip yang tidak mencukupi dalam kalangan 10 daripada 22 negara Arab, tambahnya.

Menyoroti bahawa hampir 87 juta orang di wilayah itu juga tidak memiliki akses kepada sumber air bersih untuk diminum pada setiap rumah, agensi itu menyatakan, mereka menghadapi risiko jangkitan yang lebih besar.

“Dianggarkan 26 juta pelarian dan pengungsi dalaman di rantau ini juga berisiko lebih besar terjangkit COVID-19 kerana kekurangan perkhidmatan air, sanitasi dan kebersihan yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

ESCWA juga menjelaskan, hanya satu dari 10 isi rumah mempunyai akses kepada air bersih di Semenanjung Gaza menunjukkan keadaan sukar yang dihadapi oleh penduduk Palestin di bawah pendudukan Israel.

Sejak tahun 2006, Israel telah mengetatkan sekatan di Jalur Gaza, di mana hampir dua juta penduduk Palestin tinggal, dan banyak sektor telah terjejas termasuk ekonomi, kesihatan, dan pendidikan.