Oleh: Mohd Asraf
DUNGUN – Sebanyak 58 pasukan dari seluruh Negeri Terengganu akan berentap untuk merebut Piala Kejohanan Futsal Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Kawasan Dungun.
Ketua Lajnah Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD), Haniff Safwan berkata, setiap Dewan Undangan Negeri(DUN)
juga dikehendaki menghantar pasukan masing masing.
“Alhamdulillah hari ini, bermula pada 14 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 akan berlangsung kejohanan futsal Piala Ketua Pemuda PAS Dungun.
“Objektif kita adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua pasukan disamping mencungkil bakat baru dikalangan pemain,” ujarnya.
Haniff seterusnya menambah, hadiah lumayan menanti pemenang iaitu johan bakal membawa pulang RM2,000.
“Selain itu, kejohanan ini mewajibkan semua pemain berpakaian mematuhi syariat iaitu dengan menutup aurat.
“Kita juga berharap kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini,” jelasnya.