52 Tahun Umno Memperjuangkan Melayu, 99.08 Peratus Penagih Melayu

804

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/zaharhashim.jpgBeliau yang telah menjadi ahli Umno selama 29 tahun tahun dan menjadi Ketua Bahagian selama 20 tahun berturut-turut berkata, kaum yang paling ramai miskin di Negara ini adalah orang Melayu dan penagih dadah paling ramai adalah orang Melayu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu program penerangan PAS DUN Chukai di Gong Limau, kelmarin.

Dakwaan beliau ternyata benar, Umno yang merosakkan orang-orang Melayu apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendedahkan laporan terbarunya.

Dalam laporan tersebut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia berjaya mengesan seramai 2,721 penagih terkumpul di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK Malaysia, Tanasegran Sinnathambi berkata, berdasarkan rekod Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi), ia menunjukkan penurunan sebanyak 69.32 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, tahun lalu jumlah penagih dadah yang dikesan di seluruh negara ialah 8,870 orang.

”Manakala sehingga Ogos lalu, bilangan penagih baru yang dikesan seramai 1,543 dan ia berkurang sebanyak 61.82 peratus berbanding jumlah penagih baru dalam tempoh sama pada tahun lalu yang berjumlah 4,041 orang.

”Sementara itu, seramai 1,178 penagih berulang dikesan sehingga Ogos lalu dan berlaku penurunan sebanyak 75.61 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu seramai 4,829 orang,”kata Tanasegran.

Justeru, Kapten (B) Zahar Hashim menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan mengikuti jejak langkahnya, menyertai PAS dalam memperjuangkan orang Melayu dan Ugama Islam.