50 Relawan Khidmat Gotong Royong Pasca Banjir

92

DUNGUN- 50 orang tenaga Relawan Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Dungun yang terdiri Jabatan Amal, Malaysia(JAM), Muslimat dan Ameerah telah mengadakan gotong-royong pasca banjir di dua kampung dalam DUN Rantau Abang.

Ketua Operasi JAM Dungun,Utbah Hassan memberitahu, seramai 30 anggota JAM DUN Rantau Abang serta Sura, 10 orang muslimat dan 10 Ameerah DUN Rantau Abang.

“Misi pasca banjir kali ini ke Kampung Wa dan telah membersih Masjid Kampung Wa dan sebuah rumah manakala di Kampung Pinang Baru pula , kami berjaya membersihkan Surau Kampung Pinang Baru dan juga tujuh buah rumah ,” jelasnya.
.  

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Mohd Fahdli Rahmi berharap masyarakat setempat untuk terus bersatu padu dan rapatkan saf ukhuwah bagi menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini secara bersama.

“Setiap ujian yang diberikan kepada hambanya itu pasti ada hikmah disebaliknya, percayalah bahawa ganjaran pahala yang besar sedang menanti buat orang yang sabar dalam menempuh setiap ujian.

“Semoga bantuan dan sokongan daripada masyarakat yang lain terus mengalir bagi membantu penduduk yang terlibat banjir baru-baru ini,” katanya.