4,433 Perwakilan Himpun di Muktamar PAS Ke-71, 2025

461

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melakar sejarah bakal menghimpunkan seramai 4,433 perwakilan dari seluruh negara dalam penganjuran Muktamar Kali-71 dan konvensyen tahunannya bagi tahun 2025.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, acara bermula dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-66 pada 11 dan 12 September di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dengan kehadiran 809 perwakilan.

“Seterusnya pada 13 September, tiga majlis serentak berlangsung iaitu Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kali Ke-10 di Gandhi Hall, Sungai Petani (560 perwakilan),

“Konvensyen As-Sabiqun 5.0 di Sekolah Rendah Agama Al-Akhlaqi Al-Islamiah (SAIF), Guar Chempedak (350 perwakilan), dan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Malaysia Kali Ke-64 di Darul Hadis, Alor Setar (606 perwakilan).”ujar beliau Ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pada tarikh sama hingga keesokan harinya (13 dan 14 September), Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-65 menghimpunkan 723 perwakilan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Oleh itu, kata beliau, Kemuncaknya, Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-71 berlangsung pada 15 dan 16 September di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dengan penyertaan 1,385 perwakilan.

“Secara keseluruhannya, jumlah perwakilan yang terlibat dalam semua dewan dan konvensyen ialah 4,433 orang, menggambarkan kekuatan saf perjuangan PAS yang merentas generasi, latar belakang dan segmen masyarakat.” Katanya.