Pendedahan Ahmad Said: Umno Cuba Cagar Petroleum Terengganu Dan Kaitan Dengan 1MDB

2060

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Saya pernah dalam satu rakaman video menyatakan kemarahan yg amat sangat tindak tanduk pemimpin UMNO Terengganu dalam isu kepentingan negeri Terengganu, isu royalti petroleum pada tahun 2012.

[ “Isu Royalti-Kerabat Raja Trg dihina!” on YouTube – https://youtu.be/2E2eod5lcE8]

Video ini rakamannya tahun 2012. Saya pohon maaf, oleh kerana ia ditujukan kepada rakyat Terengganu berkaitan kepentingan isu royalti petroleum milik Terengganu, maka saya berucap dlm loghat yang terserlah “keTerengganuangnya”.

Saya bernada agak marah kerana pemimpin UMNO Terengganu berbohong kepada rakyat dan berdolak dalih. Lebih utamakan apa yg UMNO pusat mahu sehingga mengorbankan apa yang jadi hak negeri.

NAMUN begitu setelah akhir akhir ini saya melihat DS Ahmad Said berubah nada, jadi sama macam saya pula yg mempertikai perbuatan UMNO Pusat khianat negeri Terengganu, menganiaya negeri Terengganu, saya rasa ingin sangat menghulur tangan bersalaman kerana saya rasa kini kami tidak lagi berrtentangan pendapat sekurang kurangnya dalam isu ini.

Pertamanya mengesahkan apa yg selama ini kami perjuangkan adalah benar. Keduanya sumpah yg beliau ucap ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman beberapa hari lalu yg sekaligus menolak dakyah/jawapan UMNO Terengganu yg melalui kenyataan YB Wan Hakim, Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Ucapan DS Ahmad Said adalah sangat jelas sejelas-jelasnya.

umno cuba cagar minyak TrgKEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN DS AHMAD SAID, sekalipun hanya dizahirkan setelah tidak lagi menjadi MB Terengganu, dan tidak lagi berpendirian selari dgn UMNO Pusat, kali ini mendapat sanjungan saya dan sebagai rakyat Terengganu yg biasa saya amat berterima kasih.

Keprihatinan DYMM Sultan Terengganu, yg memainkan peranan yg bijaksana sehingga mengesan bahaya rancangan asal Terengganu Investment Authority (TIA) yg merupakan asal usul syarikat 1MDB yang akan merisikokan hasil sumber petroleum negeri memberi mesej Sultan Terengganu tidak mudah diperdaya dan punya kebijaksanaan menepis muslihat pusat yg merugikan negeri.

Kita tidak tahu apa pula di sebalik tabir berhubung isu ini antara Menteri Besar sekarang DS Ahmad Razif dengan DS Najib. MB Terengganu antara paling kehadapan menjadi penyokong kuat DS Najib sekalipun gelombang penolakan oleh UMNO berlaku di seluruh negara.

Saya ingin mengucapkan salut diatas pendirian DS Ahmad Said pada hari ini dan jika perlu, demi meruntuhkan penganiayaan berterusan UMNO Pusat dalam isu petroleum yang menjadi hak Terengganu, saya sedia lupakan perbezaan pendirian politik untuk bersama berjuang dalam isu ini.

Malah saya doakan alangkah baiknya jika DS Ahmad Said boleh menjadi seperti Saidina Umar r.a yg memperkukuhkan perjuangan rakyat diatas landasan perjuangan Islam bersama sama kami di dalam PAS.

Masa depan Islam, dan orang melayu akan dipelihara jika kita berjuang dilandasan yg betul, pada hablillah, agama Allah yg akan menjadikan orang orang melayu tidak lagi menjadi hina sebagai penyokong rasuah, perkauman melampau, berakhlak mulia, berilmu, cekap, amanah dan produktif.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
16hb Ogos 2015