DUNGUN – Seramai 350 orang bakal haji daripada daerah Dungun akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun memberitahu demikian ketika berucap di Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji DUN Rantau dan DUN Sura di Masjid Tengku Intan Zaharah, di sini pada 7 Julai.
Cikgu Alias juga mengucapkan tahniah kerana mereka yang sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk berkunjung ke rumah Allah (Baitullah).
“Semoga mendapat haji mabrur, dikurniakan kesihatan semasa berada di sana dan segala urusan-urusan haji berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, ADUN Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik turut berucap di majlis itu, berkata lebih kurang 88 orang bakal haji tersebut adalah daripada DUN Sura dan DUN Rantau Abang pula seramai106 orang.
“Jadi DUN Paka ada 134 orang dan di DUN Bukit Besi dimaklumkan ada 15 orang”, ujar beliu yang juga Timbalan Ketua PAS Kawasan Dungun itu
Beliau mendoakan semoga mereka pulang dalam keadan bersih.