3400 Kematian Covid19, AS Lepasi Angka China

1241

Jumlah kematian akivat covid19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka rasmi di China, dengan lebih daripada 3,400 kematian yang direkodkan.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins, AS kini mempunyai angka kematian tertinggi ketiga selepas Itali dan Sepanyol dengan jumlah kes positif coronavirus tertinggi di dunia, lebih daripada 175,000.

Sekatan selanjutnya mengenai pergerakan sedang dipertimbangkan di AS untuk membendung penyebaran virus maut itu.

Negara itu dilaporkan mempunyai dua kali jumlah kes seperti China di mana wabak itu bermula lewat tahun lepas.