25 Tahun Pas Marang, sambut Jubli Perak

690

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/yahayas.jpgYang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali berkata, program itu akan berlangsung sehingga Mac tahun depan.

Menurutnya, ia diadakan bagi meraikan dan menghebahkan kepada masyarakat mengenai peranan dan perjuangan dilakukan Pas selama ini.

”Perjuangan kami selama 25 tahun di Marang bukan sekadar bidang politik tetapi turut membabitkan perjuangan dalam bidang kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat,

”Kami harap, dengan adanya sambutan Jubli Perak ini, masyarakat akan lebih menyedari peranan yang telah dimainkan Pas selama ini adalah untuk semua rakyat, bukannya skop sesama ahli Pas sahaja,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Marang di Kampung Titian Baru, Bukit Payong, baru-baru ini.

Yahaya berkata, pihaknya mengharapkan selepas 25 tahun bertapak di Marang, parti itu dapat membuka mata masyarakat dan menjadi parti alternatif kepada mereka bagi menyelesaikan sebarang masalah.

”Kami pernah memimpin negeri ini dan saya percaya, walaupun peluang untuk memimpin negeri ini tidak lama, kami banyak memberi pembaharuan serta berusaha sedaya upaya membantu rakyat

”Insya-Allah, kami akan terus gigih berusaha dan mengharapkan rakyat memilih Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, seterusnya memberi peluang kepada kita untuk memimpin serta membuat pembaharuan demi kesejahteraan mereka,” katanya.-Sumber Sinar