KUALA NERUS – Umno ‘kecek’ atau tipu rakyat apabila mengisytiharkan dalam Bajet Terengganu 2018 akan memperuntukkan pemberian air percuma 20 meter padu untuk penggunaan domestik.
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS menawarkan 15 Manifesto Awal, termasuk janji akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Sebaliknya menurut beliau, Umno yang cuba meniru Manifesto PAS itu telah mengelirukan rakyat, pada hakikatnya tidak ada pemberian air secara percuma.
“janji kita kepada rakyat, bukan janji kosong, Umno tak mampu nak buat…..contohnya janji kita nak beri air percuma 20 meter padu kepada rakyat,


“tapi bila sampai bil air (ia tak berlaku)…..rupanya (ia hanya) apabila (seorang pengguna) hanya menggunakan 20 meter padu air sahaja,
“contohnya kalau pakai lebih 25 meter, (rakyat) bukan kena bayar 5 meter padu, tetapi kena bayar 25 meter padu juga…..jaga, Umno ‘kecek’ rakyat,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, berkata demikian pada program ceramah Sempena Majlis Pelancaran Markaz PRU14 UPU Kampung Batin pada Jumaat 16 Februari.


Menurutnya, PAS akan tunaikan janji sebagaimana ketika menjadi kerajan tahun 1999-2004, tol jambatan Sultan Mahmud tela dihapuskan dan kekal sehingga sampai sekarang.
“Begitu juga (PAS) mengecualikan cukai pintu pada rumah-rumah kediaman tetapi apabila kerajaan Umno BN memerintah balik ia dikenakan kembali,
“sesuatu perkara yang kita buat ‘jejak bumi’ (berkesan) dan memberi manfaat kepada rakyat walaupun (ketika itu) dalam keadaan kewangan yang terhad tanpa royalty (petroleum),” tegasnya.
Katanya, bayaran wajib hasil minyak sebanyak lima peratus berddasarkan undang-undang telah ditarik balik oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir, dan kekal tiada sehingga kini.
Sebaliknya menurut beliau, Sabah dan Sarawak yang juga mempunyai hasil minyak dibayar lebih daripada Kelanta dan Terengganu.


Oleh itu, beliau yakin, walaupun dalam keadaan kewangan yang terhad, PAS mampu menjana hasil dari sumber dibawah bidang kuasa negeri, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru beliau menyeru agar rakyat bangkit dan memilih PAS dan Gagasan Sejahtera pada pRU ke-14 nanti kerana kehidupan rakyat semakin terhimpit.
“dan kita tengok Kerajaan Umno-BN memerintah 60 tahun lebih dalam keadaan kita hari ini…..semakin hari semakin teruk kehidupan,
“serta rakyat semakin tertekan dengan macam-macam (kenaan) terutama masalah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang menekan rakyat hari ini,” tambah beliau.




























