1879 Hukuman Gantung Sejak Tiga Tahun Lalu

1205

– Melebihi Hukuman Gantung Di Mesir Sejak 100 Tahun Lalu

Balai Cerap Arab untuk Kebebasan Media (AOFM) merayu kepada semua kerajaan di dunia dan organisasi antarabangsa yang berkenaan dengan hak asasi manusia dan perlindungan hak untuk hidup bagi memberi tekanan kepada rejim Mesir yang melaksanakan hukuman mati terhadap lawan politik.

Rejim al-Sisi telah menghukum secara berlebihan melalui proses mahkamah yang tidak mempunyai memenuhi keperluan minimum perbicaraan yang adil dan dalam lagsung ketiadaan jaminan undang-undang.

Supporters of Egypt's ousted President Mohammed Morsi charged with violence chant slogans against the Egyptian military during a trial in court in Alexandria, Egypt, Saturday, March 29, 2014. A court in Egypt's second-largest city sentenced two Morsi supporters to death on Saturday for throwing two people off the roof of a building during violent protests after the Islamist president was ousted, according to Egypt's state news agency. (AP Photo/Heba Khamis)

Perkara tersebut telah disepakati dan disahkan oleh kesemua pertubuhan hak asasi manusia

Pada sambutan ‘Hari Dunia Menentang Hukuman Mati’, AOFM mengesahkan bahawa lebih daripada 1879 hukuman mati dijatuhkan terhadap penentang rejim Mesir adalah bukti jelas kegagalan sistem keadilan dan sikap tunduk kepada kuasa eksekutif.

Hukuman mati tersebut yang telah dikeluarkan dalam masa tiga tahun di Mesir kebelakangan ini menyaksikan ju,mlah itu melebihi hukuman mati yang telah dijatuhkan sejak 100 tahun lalu, yang mana sejak abad lalu, keseluruhan sejumlah hanya 1470 hukuman mati dijatuhkan.

Dab dalam jumlah 100 tahun itu, sejarah Mesir menyaksikan hanya dua hukuman yang sebenarnya dilaksana.

AOFM mengutuk bertambahan berlebihan dan peningkatan hukuman mati yang dikeluarkan dan djatuhkan oleh badan kehakiman Mesir.

FILE - In this file photo taken Monday, Nov. 3, 2014, Egypt's ousted Islamist President Mohammed Morsi sits in the defendant cage in the Police Academy courthouse during a court hearing on charges of inciting the murder of his opponents, in Cairo, Egypt. Egypt's state news agency said prosecutors have asked for the death sentence for Morsi and other Muslim Brotherhood leaders on trial on espionage charges. (AP Photo/Mohammed al-Law, File)

Mereka yang telah dijatuhkan hukuman itu adalah ramai terdiri daripada wartawan, dimana empat orang pemberita telah dihukum mati kerana dituduh daam kes yang di sebut sebagai “bekerjasama dengan negara Qatar”.

Antaranya kes keputusan hukuman mati terhadap wartawan Walid Shalabi, yang dituduh menggerakkan “Bilik Gerakan Rabaa”.

Isu ini memerlukan tindakan segera daripada semua badan bukan kerajaan, badan-badan dan institusi untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati dan menyelamatkan para wartawan dan semua mereka yang dijatuhkan hukuman zalim itu oleh badan kehakiman Mesir yang telah dipolitikkan.

AOFM mengesahkan perpaduan sepenuhnya dengan kempen “Hentikan Hukuman Mati Mesir” (إعدام وطن), yang telah dilancarkan semula untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap tahanan politik di Mesir.

Rayuan kepada semua badan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa juga untuk menyokong sepenuhnya kempen bagi mendesak junta tentera Mesir supaya menghormati hak untuk hidup sebagai hak-hak asasi manusia yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan dalam semua perjanjian antarabangsa.