Pelakon Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali dengan watak sebagai Mat Deris dalam siri rancangan Televisyen ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7. 05 malam pada Ahad 10 November.
Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat angin ahmar.
“Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas.
“Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok,” ujarnya dilaprokan mSTAR.
Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk ‘Apa Salah Kami’ bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.
Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut.
Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.
Solat jenazah Allahyarham Ahmd Busu diimamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Ustaz Abu Bakar Chik di Surau Seri Andalas [Gambar atas] dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui berkata, Allahyarham Ahmad Busu menjadi penyokong dan selebriti serta orang seni yang bersama-sama dengan perjuangan PAS sehingga ke akhir hayatnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Allahyarham menganggap dirinya ‘pelajar ITM’. Itu luahan hati pelakon veteran Ahmad Busu beberapa ketika sebelum meninggal dunia.
‘ITM’ yang dimaksudkan oleh Allahyarham ‘ibadat tunggu mati’, kata balunya, Seri Mohamad, 54.
Seri berkata, Allahyarham sering dilihat membaca Al-Quran biarpun tidak bermaya akibat menghidap diabetes.
“Dia selalu sakit sejak akhir-akhir ini namun pada saya, kesakitan itu yang buat dia lebih banyak beribadah…ibarat dia tahu yang dia dah nak pergi.