125 Nelayan Terima Sumbangan

218

KUALA TERENGGANU – Seramai 125 orang nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik menerima sumbangan berupa wang tunai dan barang dapur.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, YB Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak, membantu mereka yang tidak boleh turun ke laut mencacari rezeki, bagi menyara keluarga.

“Musim tengkujuh memang ramai nelayan tak boleh keluar pergi kelaut.

“Jadi harini kami meraikan mereka semua di tepian Pantai Tanjung Kemasik,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata demikian dalam laman Facebooknya pada hari ini.

Menurutnya, pembahagian sumbangan kepada para nelayan di Mukim Kertih akan diadakan pula pada minggu yang berikutnya.

“Tanpa nelayan sudah pastinya kita tidak dapat merasai hasil laut yang sungguh nikmat.

“Marilah sama-sama doakan agar mereka para nelayan selalu dimurah rezeki, InsyaAllah,” ujar beliau.

It Saiful turut menambah, warga nelayan adalah salah satu komuniti yang amat penting dalam rantaian menyediakan keperluan asas kehidupan.

“Bayangkan jika tiada mereka sudah tentu tiada makanan hasil laut salah satu sumber protein yang perlu dalam badan kita,” katanya.

Beliau turut menambah, program sebegini adalah program Tahunan yang diadakan setiap tahun sejak PAS memerintah Negeri Terengganu.

“Sudah tiga tahun majlis seperti ini diadakan sebagai usaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan mengurangkan beban kehidupan warga nelayan,” tambah beliau lagi.

Turut hadir sama dalam Majlis penyerahan sumbangan musim tengkujuh nelayan Mukim Kemasik dan ramah mesra bersama para nelayan ialah Yang Dipertua (YDP) Kemaman, YB. Che Alias Hamid.