115 lembu dan seekor kerbau diqurbankan di Dun Chukai

902

KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai berjaya menganjurkan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha hingga mencecah 115 ekor qurban.

Pengerusinya, Hanafiah Mat berkata hampir seluruh cawangan-cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai mengadakan ibadah qurban masing-masing.

Katanya, sejumlah 21 cawangan PAS di Dun Chukai dapat mengadakan qurban aidiladha pada tahun ini di tempat masing-masing.

“Kita (PAS) berjaya menyempurnakan ibadah qurban untuk Dun Chukai ini sebanyak 115 ekor lembu dan kerbau pada hari raya pertama dan kedua.

“Tahun 2009, hanya 64 ekor sahaja dan tahun ini lebih banyak hingga mencecah 115 ekor dibuat di seluruh cawangan PAS dalam Dun Chukai,” ujarnya.

Menurutnya, daging-daging qurban tersebut diagih-agihkan kepada rakyat terutama golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

Katanya, setiap tahun program tersebut dilaksanakan bagi mendekatkan PAS dengan masyarakat di kampung-kampung.