11 Anggota Amal Bantu Program Vaksinasi ‘Outreach’

339

HULU TERENGGANU – Seramai 11 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah berkhidmat melancarkan Program Vaksinasi ‘Outreach’, Sektor Pelancongan Tasik Kenyir, di Housebot Tasik Kenyir, hari ini.

Ketua Operasi tersebut, Ustaz Mohamad Yusuf bin Abdullah berkata, bagi pihak PAS DUN Telemong, kami amat berbesar hati kerana’ memilih Tasik Kenyir sebagai tuan rumah bagi mengadakan program kali ini.

“Tugas utama kami adalah menjaga laluan peserta dan memudahkan urusan penerima vaksin serta Menjaga SOP peserta,

“melibatkan seramai 500 orang yang terdiri daripada pemandu bot, pekerja sektor pelancongan dan penduduk kampung sekitar Mukim Hulu Telemong, serta kakitangan kerajaan di Daerah Hulu Terengganu.” ujarnya semalam.

Menurutnya, kejayaan program itu adalah hasil kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, KETENGAH, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong, Angkatan Pertahanan Awam, dan Jabatan Amal, JPKK serta sukarelawan.

Justeru beliau berharap khidmat JAM dapat membantu menjayakan hasrat keeajaan mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Diharapkan program “outreach” ini akan membantu kerajaan untuk menyegerakan aktiviti vaksinasi kepada rakyat serta sebagai promosi pelancongan di Tasik Kenyir.” tambah beliau.