11, 500 Pemuda bakal gegarkan HIMPIT di Kuala Nerus

697

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/himpit10k2009.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) optimis seramai 11500 orang ahlinya dari seluruh negeri akan memeriahkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT), Februari depan.

Setiausahanya, Wan Ahmad Faizul Wan Abas berkata, program tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dengan anggaran kehadiran dijangka melebihi tahun sebelumnya.

“sebelum ini, kira-kira 10 000 orang yang menghadiri HIMPIT yang diadakan kali terakhir pada tahun 2009.”

“Tahun ini kehadiran dijangka bertambah 1 500 orang”

(Gambar – Himpit 2009 yang mengumpulkan 10,000 pemuda PAS Terengganu)

“pemimpin tertinggi pemuda pas pusat akan hadir, begitu juga dengan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepadsa Sinar Harian

Beliau berkata, program yang akan berlangsung di Batu Enam, Kuala Nerus pada 11 Februari itu juga menjadi usaha untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi memeriahkan Himpunan 30 000 (H30K) yang akan diadakan di Kedah pada 19 Februari depan