SOALAN
Doktor yang di rahmati Allah
Dari sudut pandangan pakar perubatan, adakah benar warna darah istihadhah lebih cair.
JAWAPAN
Perdarahan keluar dari kemaluan wanita yang diluar dari sifat haid dan nifas dikira sebagai perdarahan penyakit (Istihadhah). Dalam perubatan, perdarahan yang tidak normal biasanya terjadi disebabkan tiga punca utama:
1. Ketidakseimbangan hormon. Hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang, menyebabkan lapisan rahim bersalut tidak betul. Puncanya pelbagai. Ada yang diketahui dan ada tidak tahu punca kenapa berlaku kecelaruan hormon tersebut.
2. Masalah struktur rahim. Fibroid (ketumbuhan), polipos, atau adenomyosis boleh menyebabkan darah lebih banyak
3. Keadaan kesihatan lain. Seperti kilang ovari mempunyai banyak sista (PCOS), gangguan pembekuan darah, masalah tiroid, atau memakai ubatan mahupun guna alat kontraseptif.
Ini bahagian paling penting. Bagaiamana nak cam jenis-jenis darah tersebut?


Yang perlu diperhatikan:
1️⃣ Darah keluar banyak merentas pad/tampon setiap 1-2 jam,
2️⃣ berlangsung lebih dari 7 hari mengikut ghalib haid bagi setiap individu. Jika tempoh haidnya 15 hari, maka darah Istihadhah adalah
selepas 15 hari tersebut.
3️⃣ Gumpalan darah besar, darah cepat kering berbanding darah haid yang lambat keirng.
4️⃣ Berlaku perdarahan antara kitaran menstruasi.
5️⃣ Perhatikan sifat dari sudut warna, bau
dan gejala lain. Jika perdarahan bermula merah terang yang sangat lebat, hitam dengan bau busuk, atau disertai demam.
Perhatikan empat perkara ini:
i) Warna – Darah haid berwarna merah gelap/hitam; darah istihadah merah segar
ii) Kekentalan – Darah haid lebih kental; darah istihadah agak cair
iii) Bau – Darah haid berbau kuat (sampai hari ke-10); darah istihadah tidak berbau
iv) Pengeringan – Darah haid tidak mengering; darah istihadah mengering di pad
6️⃣ Sekiranya wanita tidak dapat membezakan warna darah, maka patuhi kebiasaan haid sebelumnya (adat taraf). Misalnya, jika biasa haid 6-7 hari, hitung tempoh tersebut sebagai haid, selebihnya sebagai istihadah.
Bagaimana Hukum Ibadah Bagi Wanita Dengan Masalah Ini?
Di sini yang penting untuk dipahami: wanita mengalami dysfunctional uterine bleeding (Istihadhah) tidak sama dengan haid biasa. Berdasarkan pandangan Islam, darah yang keluar berbeza-beza dan hukumnya juga berlainan. Wanita yang mengalami perdarahan menstruasi abnormal perlu ingat:
i) Jika yakin dalam tempoh haid biasa (dalam 15 hari) → tidak solat, tidak puasa, hanya qada puasa nanti
ii) Jika darah terus berkelanjutan melepasi 15 hari → WAJIB solat dan puasa seperti normal, cuma perlu pastikan kebersihan dengan membersihkan darah dan memakai pad setiap kali nak solat
iii) Perkara penting: Darah istihadah tidak membatalkan solat, jadi wanita tidak perlu khawatir.
❗️Memandangkan penyakit ini memerlukan perhatian perubatan, disarankan untuk berjumpa doktor dan menerangkan kepada doktor bahawa wanita mengalami penyakit darah istihadah supaya dirawat dengan baik.
Jika masih keliru bab ibadah, jumpa dan bertanyakan pada ahli agama.
__________
Dr Suhazeli Abdullah
1/11/2025 @7:30am
#HealthInfo
#FiqhPerubatan
#HaidWanita
#Istihadhah






























