1000 Pemuda Marang Siap Sedia Ke Himpit

1743

Pemuda PAS Marang sudah bersedia untuk menghantar 1000 ahlinya ke Kemasik, Kemaman untuk menyertai program Himpunan Pemuda islam Terengganu (HIMPIT)

Pemuda PAS Marang dari 4 Dun kini dalam keadaan siap sedia dan akan mulakan dengan perarakan 500 buah motosikal dan 50 buah kenderaan yang akan dirasmikan pelepasan oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas kuliah. Kontijen Marang membawa Tema Menyokong RUU355.

Program tahunan ini merupakan satu lonjakan semangat dan himpunan untuk mengumpul tenaga anak muda. Mereka juga bersama dengan kebangkitan rakyat dalam hasrat ingin mengubah tampuk pemerintahan BN yang kini dilihat terumbang ambing setelah pelbagai kemelut melanda.

Walaupun pelbagai isu melanda parti, namun anak muda yang tetap istiqamah bersama dengan pejuangan islam taat setia dalam menghadapi ujian dan cabaran seterusnya mereka yakin dengan perjuangan PAS.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program HIMPIT 2016 ini. Ianya juga diadakan bersama program Himpunan Harapan Untuk semua (HARAP 3.0) yang akan menampilkan tokoh utama parti termasuk Presiden Parti Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin.
Semoga dengan semangat anak muda ini dapat disulami dengan kefahaman dan matlamat yang jelas bagi meneruskan perjuangan parti dan seterusnya membantu parti memenangi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Ustaz Sulaiman Sulong
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang