Terengganu, Malaysia

1000 Ekar Ladang Herba ; Kerajaan Terengganu Tak Dapat Hasil?

Ladang Herba

DUNGUN – Pemberian tanah seluas 1000 ekar di kawasan Hulu Dungun kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), masih gagal membawa hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, Pembangunan Bersepadu Herba Pasir Raja yang diusahakan sejak tahun 2014 belum membawa manfaat kepada rakyat.

“Apa yang difahamkan daripada 1000 ekar yang di berikan oleh kerajaan negeri ini, hanya sekitar 100 ekar lebih sahaja yang telah dijalankan,

“Melibatkan lebih kurang sembilan spesies jenis tanaman yang diusahakan diantaranya Tongkat Ali, kacip Fatimah, Roselle, Serai, Misai Kucing dan beberapa produk penghasilan yang dikeluarkan oleh di bawah projek ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat tapak Pembangunan Bersepadu tersebut pada Selasa, 24 Oktober.

Oleh itu kata beliau, projek tersebut tidak memberikan banyak peluang pekerjaan kepada pendudukt tempatan

1000 Ekar Ladang Herba ; Kerajaan Terengganu Tak Dapat Hasil?

“pekerja yang bekerja di sini hanya sekitar 20 orang adalah daripada penduduk tempatan yang berasal daripada Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur,

“Tenaga kerja yang hanya sekitar 20 orang dengan projek yang begitu besar tidak mencapai hasrat buat masa sekarang untuk menyediakan suatu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,”jelasnya.

Tambah beliau, tidak nampak impak kepada ekonomi rakyat dengan peruntukan besar yang diluluskan oleh kerajaan pusat dibawah ECER.

“Dengan jumlah peruntukan 78 juta difahamkan kalau diinfakkan kepada projek –projek yang lain sudah tentu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu,

“Industri dan kilang-kilang yang mungkin dalam keadaan yang agak segera boleh mendatangkan kesan yang baik kepada ekonomi dan juga rakyat negeri terengganu,”ujar beliau.

Justeru beliau berkata, kerajaan telah salah memilih satu industri yang kononnya akan dapat meningkatkan ekonomi.

Sedangkan menurut beliau, ‘herba’ memakan masa yang agak panjang dan lama dan tidak memapu menyelesaikan masalah ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan