100 Sukarelawan Terengganu Bina Dua Buah Rumah Di Selatan Thai

228

KUALA TERENGGANU – 100 orang sukarelawan pelbagai Badan Bukan Kerajaan(NGO) Negeri Terengganu bergotong royong membina dua buah rumah mangsa banjir yang terjejas teruk di Selatan Thai. .

Sukarelawan Pertubuhan Prihatin DUN Wakaf Mempelam (Wam Care), Azizah Mahmood berkata Misi Banjir ke Selatan Thailand, WAM Care bersama NGO Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu(Prihatin Terengganu) dan Gong Tok Nasek (GTN) Care dengan kerjasama Surau Al Hikmah.

“Misi yang bermula pada 5 hingga 7 Januari itu di ketuai oleh Saudara Asmawi Mokhtar yang juga Pengerusi Prihatin Terengganu.

” Manakala WAM Care diketuai Saudara Rosdi Ibrahim dan seramai 15 orang sukarelawan turut menyertai misi ini, “katanya.

Azizah berkata demikian ketika dihubungi di sini pada 6 Januari.

Menurutnya, Selatan Thai telah terjejas teruk dengan paras air melebihi bumbung rumah. kerja-kerja membina rumah dan membersih di Narathiwat telah berlangsung selama dua hari di Kampung Banggol Stor dan Pekan Tanjung Emas, Narathiwat.


” Selama tempoh dua hari sukarelawan berjaya membina sebuah rumah dan melakukan kerja kerja pembersihan.

” Sebelum itu, sukarelawan-sukarelawan ini telah disambut oleh Ketua Kampung Saudara Sukri dan Penghulu Tuan Haji Kamaruzaman ketika mereka tiba untuk sessi taklimat .

” Semoga usaha dari sukarelawan Terengganu ini mampu menaikkan nama kerajaan negeri Terengganu amnya dan Wakaf Mempelam khususnya.,” ujarnya lagi.