Memperingati 10 Tahun Perobohan Masjid Bujal, Kijal Kemaman

8877
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpg

RETRO – Pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei 2005, sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.

Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih setahun memerintah negeri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpgMasjid di RTB itu yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi yang menjadi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.

Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan 10 buah rumah peserta yang masih dalam pembinaan.

Dulu kita semua bukan main lagi marah, malah pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.

Kini tragedi tersebut telah 10 tahun berlalu, umat Islam seolah-olah lupa dengan tindakan yang disifatkan lebih ganas daripada Yahudi yang hanya berura-ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa.

Malah dalam majlis ceramah, peristiwa yang mencatatkan sejarah Islam perkembangan di negeri ini umumnya di negara kita sudah tidak disebut lagi, kalau adapun hanya segelintir yang menyebut secara umum tanpa menekankan peristiwa kejam perobohan masjid tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20007.jpgMasjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.

Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.

Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.

Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai tahun berikutnya, kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.

Rancangan Tanah Berkelompok RTB Bujal

Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS lalu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.

MASJID BUJAL1Kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan itu kepada para penyokong parti itu sahaja.

Sekiranya pemimpin Umno beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara saha di situ daripada Kerajaan PAS sebelum ini berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan, luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.

Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri itu.

ADUN BN Sahkan Masjid Bujal Adalah Sebuah Masjid

Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS, Allahyarham Dato’ Harun Taib mewakili DUN Manir, menyifatkan usul perobohan bangunan di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, Kijal yang dibawa ke dalam Sidang DUN Terengganu oleh wakil Kemasik, Dato’ Mohamad @ Abu Bakar Ali sebagai usul yang bercelaru.

MASJID BUJAL2Menurutnya, kecelaruan timbul apabila usul yang dibawa itu bagi membincangkan isu perobohan terhadap markas PAS di penempatan RTB Bujal, Kijal.

Apa yang berlaku, katanya perbahasan usul itu oleh pihak wakil kerajaan telah bertukar dari isu perobohan markas PAS kepada perobohan Masjid Bujal.

“Saya ucapkan terima kasih kepada wakil Kemasik yang telah mengemukakan usul ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan penerangan yang diberi oleh wakil Tepoh (Muhammad Ramli Nuh) yang panjang lebar untuk menegakkan benang basah yang dilakukan oleh kerajaan itu.

“Usul ini ada sedikit kecelaruan sebab dari apa yang dibentangkan oleh wakil Kemasik ialah isu perobohan terhadap markas PAS di Kampung Bujal dan selari dengan apa yang dikemukakan oleh wakil Kijal (Dato’ Ahmad Said) semasa menjawab soalan lisan daripada wakil Kemasik, yang mengatakan tidak ada masjid dirobohkan tetapi yang diroboh adalah markas PAS.

“Tiba-tiba dalam perbincangan ini bertukar markas PAS dan timbul pula roboh masjid,” ujarnya ketika membahaskan usul tergempar itu pada sidang Dun, semalam.

Katanya, wakil Tepoh dan Kijal telah menimbulkan persoalan kenapa bangunan itu tidak boleh dinamakan masjid serta tidak layak kerana dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

MASJID BUJAL3Menurutnya, bukan sahaja dalam Dewan tetapi dalam ceramah pihak BN di tempat-tempat awam mengatakan bangunan itu tidak layak dipanggil masjid kerana ia dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

“Gambar yang ada pada saya masjid dan ada ‘mehrab’ dan markas PAS tidak ada mehrab. Wakil Tepoh tidak pergi tengok masa dirobohkan sebab itu tidak dapat gambaran yang jelas,” ujarnya.

Katanya, persoalan sama ada telah membuat permohonan bagi membina masjid atau belum, itu perkara kedua kerana masih banyak bangunan yang didirikan sebelum permohonan dibuat oleh pemiliknya.

Sehubungan itu, Muhammad Ramli turut meminta pendirian wakil pembangkang adakah bangunan itu masjid atau markas PAS.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sekali lagi menegaskanhawa mengikut penduduk kampung tersebut yang dibina itu adalah masjid tempat beribadat yang mempunyai mehrabnya tersendiri.

Katanya, jika masjid berkenaan tidak ada kebenaran hendaklah diberi kebenaran serta panduan kepada penduduk setempat agar membuat permohonan kepada pihak kerajaan.

MASJID BUJAL4“Masa kita (PAS) jadi kerajaan dahulu pun ada orang Umno buat surau tetapi kita tidak bertindak merobohkan bangunan itu seperti di Gelong Gajah. Orang tempat itu mengadakan sembahyang Jumaat dan Masjid Padang Kemunting dekat dengan rumah dia. Rumah orang dia (Umno) buat sembahyang Jumaat.

“Bila kita (kerajaan) tanya kenapa buat sembahyang Jumaat dan macam-macam alasan diberi. Dia kata saya buat (rumah) dulu niat hendak buat masjid walau pun dalam bentuk rumah. Kerajaan pada masa itu yang bertanggungjawab, bersimpati dan memahami keadaan.

OCPD Kemaman Bimbang Kesan Solat Hajat

Pada malam 30 Jun 2005, Ahmad Said, Ahmad Shabery Cheek dan seorang Ustaz Umno, Kamal Saidin dari Kedah berceramah di Padang Astaka Kemaman, menyentuh isu masjid RTB Bujal.

MASJID BUJAL5Kerusi ada sekitar 450-500. Yang hadir pun lebihkurang sebanyak itu. Tapi ahli-ahli Umno berbohong mengatakan hadirin lebih dua ribu orang. Kalau nak bohong pun, jangan nampak sangat.

Kebetulan Padang Astaka terletak berdekatan pasar malam. Kalau dicampur dengan pengunjung pasar malam memang ramai jumlahnya. Itu pun tidak dapat menyamai jumlah kehadiran majlis demonstrasi membantah perobohan Masjid RTB Bujal di depan Wisma Darul Iman.

Ahmad Said cabar pemimpin PAS tempatan untuk bersumpah, sama ada masjid Bujal itu sebenarnya sebuah masjid atau bukan masjid.

Insya-Allah pemimpin PAS Kemaman akan menjawab cabarannya nanti dalam majlis ceramah akan datang. “Mung jangang lari pulok Mat Said weh!”

Ahmad Shabery Cheek pula mendakwa masjid yang dirobohkan itu adalah sebuah masjid dhirar. Walhal masjid dhirar itu dibina oleh golongan munafik.

BF2-A002Ahmad Shabery Cheek bertanya kepada hadirin: “Sapa kafir dan munafik, Umno atau PAS?”

Ada hadirin yang menjawab: “Umno!” Terdiam sebentar Ahmad Shabery Cheek.

‘Ustaz’ Kamal berkata pemimpin PAS ada 16 ciri Yahudi. Ciri-ciri Yahudi itu, dakwanya, tidak ada pada pemimpin Umno. Beliau menuduh Amanat Tok Guru Haji Hadi merupakan salah satu contoh ciri-ciri Yahudi, sambil menambah ramai orang PAS yang fasik dan banyak menipu.

Dalam pada itu, beberapa hari lalu, sebuah helikopter merah putih terbang berlegar di atas tapak masjid Bujal yang dirobohkan itu.

Helikopter terbang agak rendah. Penduduk ternampak beberapa orang di dalamnya. Kemudian naik balik dan pergi. Siapa di dalamnya? Kenapa terbang di angkasa tapak masjid Bujal? Untuk apa dan siapa?

Maklumat lain yang diterima menyebut bahawa OCPD Kemaman menyatakan kepada teman-teman rapatnya, beliau takut juga kalau-kalau terkena kesan solat hajat orang yang dizalimi dalam kes meroboh masjid.

Agaknya OCPD itu terkesan dengan beberapa kes yang berlaku kepada beberapa anggota polis Cawangan Khas (SB) dan anggota polis biasa. Kalau beliau benar-benar takut, janganlah menjadi alat perkakas kepada Umno lagi.

Polis mesti bertindak secara profesional, jangan tunduk kepada kepentingan politik Umno.

https://youtu.be/Z1OLMLYNs9k