KUALA TERENGGANU – Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) merupakan manifestasi kekuatan Pemuda Islam Terengganu yang memberi isyarat jelas kepada musuh Islam bahawa generasi muda hari ini bersedia memimpin perubahan dan mempertahankan kemenangan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Hamdi Harun berkata, ia juga merupakan medan Pemuda PAS menimba semangat, ilmu dan strategi mengenai gerakan Islam terus daripada pimpinan PAS Pusat dan negeri.
“Paling penting, ia adalah peluang untuk bertemu sahabat seperjuangan dari seluruh Terengganu, mengukuhkan jaringan dan menyemarakkan semangat perjuangan.
“Saya berharap agar setiap pemuda hadir dengan jiwa perjuangan dan semangat ukhwan dan HIMPIT ini menjadi pemangkin kebangkitan pemuda Islam dalam mendepani cabaran masa depan.
“Ia juga menjadi medan untuk kita menyatukan tekad, menyusun langkah dan memperkukuh saf kepimpinan demi demi mempertahankan dan meneruskan kepimpian Islam di Terengganu.
“Adalah diharapkan ini menjadi sejarah yang memperkukuh gerakan Pemuda PAS meuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan juga perjuangan yang lebih Panjang,”ujarnya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas lebih lanjut, Hamdi berkta HIMPIT bukan sekadar perhimpunan yang menjadi rutin tahunan, tetapi merupakan perayaan ukhuwwah dan kekuatan generasi muda Islam Terengganu yang lengkap dengan pelbagai aktiviti serta menyerlahkan semangat kebersamaan dalam perjuangan.
“Antara aktiviti yang menarik, konvoi motor besar-besaran yang mempamerkan semangat dan kekuatan pemuda ditambah pula dengan hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah motorsikal Yamaha RXZ akan menjadi tarikan utaman dan menambahkan lagi kemeriahan program.
“Ceramah Perdana menampilkan pimpinan utama seperti YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, YB Ahmad Amzad Hashim, Che’ gu Bard dan ramai lagi.
“Diserikan juga dengan program keluarga, pertandingan seni dan persembahan kesenian yang mesra masyarakat,”katanya lagi.
Jelasnya, apa yang lebih bermakna program pada kali ini juga diakan Bersama dengan Himpunan Muslimat (HIMAT) yang akan berlangsung serentak.
“Diselitkan dengan motivasi keluarga dan slot santai kesenian yang disampaikan oleh tokoh hebat seperti Ustazah Asmak Husin dan Prof. Dr. Wan Mat,” jelas beliau.




























