Penghargaan Untuk SMASID

1262

Oleh: Asraf ikhwan

DUNGUN- Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) merakamkan penghargaan kepada Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) kerana membenarkan penggunaan dewannya pada Disember lepas.

Ketua Pemuda DPPKD, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata pihaknya amat berterimakasih diatas kesudian pentadbiran sekolah itu memberi kebenaran untuk menggunakan dewannya untuk kegunaan semasa proses agihan Bantuan Baju Sekolah.

“Awalnya kami ingin mencari dewan yang boleh memuatkan barangan persekolahan sebesar dua padang futsal namun agak sukar. Setelah berbincang akhirnya dengan kerjasama yang baik, kami dapat menggunakan dewan sekolah ini, alhamdulillah,” ujarnya mengulas penyampaian plak penghargaan kepada pihak sekolah tersebut.


Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Proses Bantuan Awal Persekolahan , Fauzan Ramli dan Pegawai Khas ADUN Sura , Ahmad Faqrukhairi Nagmuddin di sekolah berkenan di sini pada 3 Februari lalu.

“Dewan sekolah tersebut digunakan untuk proses menyusun atur barangan persekolahan sebelum diagihkan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan untuk diserahkan kepada mereka yang terpilih,” ujarnya lagi.

Terdahulu sejumlah 85,000 orang penerima pakaian dan peralatan sekolah seluruh Terengganu mendapat manfaat dari bantuan kerajaan negeri itu.