Dong Zong Wajar Diharamkan

933

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Ahli Jawatankuasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) wajar diharamkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, pertubuhan itu adalah ekstrem dan sangat merbahaya untuk toleransi bermasyarakat jangka masa panjang.

“Ke mana Dong Jiao Zong mahu pergi? Ketakutan yang penuh prasangka terhadap Islam hanya kerana tulisan Jawi yang menjadi sebahagian perlembagaan. Sememangnya pertubuhan ini wajar diharamkan.

“Ia pertubuhan yang ekstrem dan sangat merbahaya untuk toleransi bermasyarakat jangka masa panjang,” ujar beliau dalam media sosial milik beliau.

Menurutnya, Dong Jiao Zong merupakan sebuah persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia.

“Persatuan ini dengan biadap membantah tulisan jawi diterapkan sebagai kurikulum sekolah sedang ianya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” tambahnya

Dr Khairuddin dengan tegas menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit menuntut pertubuhan ini diharamkan.