Siapa Dalang Di Sebalik Terbitan Komik BRI?

1982

KUALA TERENGGANU – Kebisuan DAP menangani komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) membawa propaganda Komunis dipersoalkan.

“DAP mengapa jadi bisu dengan pengharaman komik BRI yang mempromosi ideologi Komunis,” soal Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.

Serentak itu Beliau menuntut DAP menyatakan sikap sama ada bersetuju atau tidak dengan kandungan komik berkenaan.

Ini kerana beliau dapati bukan seorang dua pemimpin DAP membuat kenyataan terbuka menyokong komik berkenaan.

“Bilangan yang membuat kenyataan menyokong lebih ramai dari seorang dua yang membuat kenyataan rasmi mengutuk komik berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, rakyat mahu tahu kenapa ada Kata Pengantar oleh Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, Setiausaha Agung DAP dalam Komik berkenaan.

“Mengapa ada gambar penyerahan Komik oleh Pengarang Komik tersebut Hew Kuan Yau kepada Timbalan Menteri Pendidikan , Teo Nie Ching.

“Adakah benar Muzium Kebudayaan dan Komik Asia , Pulau Pinang dan penerbitan komik BRI yang Hew Kuan Yau menjadi kuratornya dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Adakah benar Hew Kuan Yau sebaik Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihanraya Umum dilantik sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Majlis Perniagaan Malaysia-China (JBC), JBC ini bawah siapa,” soalnya lagi.