KEMAMAN – Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil tindakan yang proaktif dan komprehensif terhadap penggunaan benih padi haram oleh sebahagian pesawah di negara ini.
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kemaman, Che Alias Hamid, berkata, pada masa yang sama, pemantauan ke atas kilang-kilang pengeluaran dan pemprosesan benih perlu dilakukan secara berterusan dan mapan.
“Supaya kualiti benih padi terjamin dan tiada unsur penyelewengan berlaku,” ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 8 April di sini.
Ahli Parlimen Kemaman itu juga menyambut baik cadangan Kerajaan meminda Akta Benih Tanaman bagi mengatasi isu benih padi tidak sah yang semakin meningkat di negara ini.
“Saya berharap dengan pindaan akta dan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat prestasi sembilan syarikat swasta, dapat menyelesaikan ketirisan dan penyalahgunaan benih tanaman yang berlaku di negara ini,” katanya lagi.
Beliau yang melahirkan rasa dukacita apabila mendengar keluhan segelintir petani yang mengakui tidak semua pembekal atau pengilang benih padi yang diiktiraf kerajaan berkualiti.
“Malahan ada dalam kalangan mereka menghasilkan sendiri benih padi tidak sah bagi mengatasi masalah
Menurut Che Alias, impak besar benih padi haram yang berleluasa ini bukan sahaja menjejaskan pendapatan petani malah mengancam bekalan makanan negara sekiranya tidak dibanteras segera.
“Dalam isu ini, Kerajaan tidak boleh menuding kesalahan kepada para petani yang rendah tahap kesedaran semata-mata tetapi punca utama masalah ini tercetus juga perlu dikaji dengan lebih terperinci,” tambahnya.



























