Bangkit Tentang ICERD!

2005

Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU- Rakyat negeri Terengganu diseru untuk bangkit membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang merupakan jelmaan baru setelah Malayan Union.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, Malayan Union yang cuba dilaksanakan itu adalah untuk menerima semua pendatang mengikut kehendak mereka tanpa batas ke negara ini.

“Dan ini ditentang hebat oleh nenek moyang kita di zaman penjajahan, ” ujar beliau di sini pada 15 November.

Justeru itu, Ustaz Ahmad Shah , mengajak orang ramai yang prihatin menyertai Himpunan Aman Bantah ICERD yang akan diadakan pada 16 November, selepas solat jumaat di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.

“ Rakyat perlu bangkit menyatakan sikap dan ketegasan menolak ICERD, tiada guna menolak ICERD namun berpeluk tubuh mendiamkan diri,

“Ayuh sama-sama bangun menyatakan hak kita dalam masa yang sama tanpa menafikan hak orang lain, bumiputera perlu diberikan hak istimewa sebagai tuan tanah, “ tegas beliau