Oleh : Aeman Fadhli
KUALA TERENGGANU – Para daie masa kini disaran agar mempelajari teknik -teknik pendakwah zaman silam yang telah sampai ke seluruh dunia sehingga berjaya mengislamkan penduduknya.
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata ia dapat dilihat di mana laluan sutera antara negeri Arab sampai ke China dilalui oleh tentera Islam.
“Dan Islam boleh mara dengan sebaiknya serta rakyat boleh menerima dengan baik,” ujarnya.
Naib Kesatuan Ulama Sedunia menyebut demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian HImpunan Daie Darul Iman di sebuah hotel di sini pada 13 Oktober.


“Tentu ada kelemahan yang kita perlu kaji”, soal Ahli Parlimen Marang itu.
Tuan Guru Haji Hadi memberitahu antara kelemahan pendakwah sekarang ialah memahami rukun-rukun dakwah.
“Dr Syeikh Karim Zaidan di dalam Kitab Usul Dakwah, ada tiga rukun penting yang perlu difahami secara terperinci maudhu, sasaran dan uslub dakwah”, jelas beliau lagi.
Sebelum itu, Pengarah Akademi Tarbiah, Ustaz Hazmi Dibok mengingatkan supaya para daie menjaga ukhuwah antara satu sama lain.
“Elakkan pertelingkahan sesama sendiri”, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang itu.




























