Rakyat Wajar Memperingati Para Pejuang Kemerdekaan

1555

Oleh : Nor Hailmey

KUALA NERUS – Rakyat sewajarnya mengetahui dan memperingati para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban segala-galanya demi negara.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, jasa besar mereka itu akan terus dikenang sepanjang zaman.

“Marilah kita hayati makna kemerdekaan yang sebenarnya,

“Sepatutnya kita bukan sekadar merdeka daripada penjajahan luar, tetapi merdeka dalam pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Jumaat, 31 Ogos.

Katanya, hari Kebangsaan kali yang ke 61 di sambut dengan meriah.

“Usia kemerdekaan negara kita sudah mencapai usia emas,

“Titik peluh, air mata dan bahkan darah mereka demi sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada penjajahan itu sangat kita hargai,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat bersama-sama bersatu padu membangunkan negera berpandukan syariat Allah SWT.

“Kita payungi kehidupan bernegara ini dengan rahmat dan berkat Allah SWT,

“dan semoga negara serta negeri yang tercinta ini terus maju, berkat dan sejahtera atas anugerah Allah SWT,” tambahnya.