Inisiatif Selesaikan Masalah Bekalan Air

3253

DUNGUN – Kerajaan Terengganu yang diterajui PAS mengambil inisiatif turun sendiri dengan pihak yang berautoriti untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, berkata pertemuan diantara beliau, dengan pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) adalah berkaitan dengan masalah bekalan air untuk warga Dungun.

“dalam pertemuan tersebut kami diberitahu untuk mengadakan paip besar bagi sumber air di Batu Tiong sudah diluluskan cuma tunggu peruntukannya saja,

“bila?…….Wallahu’alam,” kata Ketua Penerangan PAS Dungun itu yang telah dua penggal dipilih sebagai wakil rakyat pada Rabu, 28 Jun.

Beliau berkata, turut sama dalam perjumpaan pada itu ialah Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Ketua Teknikal SATU Dungun Encik Mohd Firdaus Razali serta Encik Kamarul di Pejabat SATU Daerah Dungun.

Menurutnya, selain itu rombongan tersebut juga dimaklumkan sebab mengapa air paip yang ‘berasa payau’ di kawasan Paka.

Katanya, ia adalah disebabkan oleh air laut pasang dan memasuki Sungai Santong.

Disamping itu, jelas beliau, PAS berharap pihak SATU sentiasa berwaspada untuk mengelakkan bekalan air terputus.

“Jadual keluar masuk air, mestilah sentiasa diawasi,” tambah beliau.