Ubah Sikap Buruk Umno Jual Tanah Rizab Melayu

2960

HULU TERENGGANU – Rakyat negeri Terengganu digesa mengubah sikap buruk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengkhianti amanah rakyat, menjual tanah rizab orang Melayu.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, tanah tersebut yang dikenali sebagai ‘Bukit Jepun’ terletak di tengah-tengah bandar Kuala Berang telah diubah statusnya dan diberikan kepada bukan Melayu.

”ni lah yang saya kira ia satu penghianatan (kepada) hak orang Melayu……hak orang Islam hak orang Kuala Berang,

”kita PAS negeri Terengganu dalam menghadapi pilihan raya (PRU14) ini telah membuat janji dalam manifesto yang dibentangkan baru baru ini,

Luas ‘Bukit Jepun lebih 5 ekar, diratakan dan didirikan bangunan 10 lot rumah kedai dimilik oleh sebuah syarikat Zon Ria Malaysia Sdn Bhd beralamat di Jalan Bagan Lalang Butterworth 13400 Pulau Pinang. Tujuh lot lagi diberi kepada Umno.

”dimana kita berjanji untuk menambah bilangan tanah rizab Melayu,” tegasnya.

Katanya, sehingga kini hanya terdapat sejumlah 180 hektar sahaja tanah rizab Melayu di seluruh negeri Terengganu, semuanya terletak di Hulu Terengganu.

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu itu berkata demikian, dalam Rancangan Terjah Dan Dedah Isu Tanah Rizab Melayu di Kuala Berang, yang disiarkan secara langsung oleh HARAPTV pada jam 2.30 petang, Rabu 11 April.

Oleh itu, kata beliau, janji Manifesto PAS itu sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri selepas PRU14, pada 9hb Mei.

Ia adalah, kata beliau, bagi menjamin hak orang Melayu dan orang Islam untuk memiliki dan memajukan tanah negeri Terengganu.

”Supaya ia terus dimiliki oleh orang Islam menjadi aset untuk masa depan orang Melayu, (agar) orang Islam untuk (boleh) berniaga di tengah-tengah bandar,

”kerana kalau kita buka (rizab) dari hari ke hari mungkin satu ketika nanti bandar (Kuala Berang) ini akan dimiliki oleh bukan Islam dan bukan bumiputera,

”orang Melayu akan hanya menjadi penjaga gerai dan juga mereka yang berniaga kecil-kecilan dan (sebaliknya) gedung besar,

”bangunan besar semua dimiliki oleh bangsa lain dan bukan oleh rakyat Terengganu,” jelasnya.

Justeru itu, mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu menyeru agar semua pengundi, sama ada yang berada dalam di dala atau luar negeri Terenggnu, pulang untuk memilih PAS.

”Saya merayu, pertama kepada seluruh pengundi DUN Kuala Berang dan parlimen Kuala Terengganu dan seluruh Negeri Terengganu supaya kali ini kita ambil peluang dalam pilihan raya ini,

”untuk kita mengubah sikap pimpinan UMNO ini dengan kita memberi undi kepada Parti Islam Semalaysia (PAS),

”saya juga mengambil kesempatan ini kerana kita percaya bahawa ramai anak Terengganu yang berada di luar Terengganu supaya dapat balik untuk sama-sama rakyat Terengganu yang ada di sini untuk mengubah kerajaan Terengganu,” kata beliau.

Menurutnya, Umno dan BN, jelas sudah kurang prihatin dengn orang Melayu dan orang Islam dan tidak menngambi peduli lagi dengan warisan serta hak harta orang Melayu.

”(hak dan warisan orang Melayu) Saya kira tidak lagi menjadi kepentingan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang ada,

”saya menyeru kepada smeua pengundi yang ada untuk mengambil peluang untuk balik bersama sam dengan kami untuk mengubah apa yang berlaku dan (yang) merugikan orang Melayu dan Islam di negeri ini.” tambah beliau.

Berita sebelumnya;

Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang Bertukar Milik