PAS Tidak Pernah Ketinggalan Hantar Wakil Ke Parlimen

2443

SETIU – PAS adalah satu parti politik yang mempunyai ‘pengalaman panjang’ dan tidak pernah ketinggalan menghantar wakil rakyatnya ke parlimen sejak pilihan raya kali pertama pada tahun 1955.

Justeru itu, menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim tidak ada parti pembangkang yang lain boleh menandingi PAS.

“PAS tidak pernah gagal menghantar wakil ke parlimen…..paling kurang ada seorang (ahli parlimen) sejak daripada (pilihan raya) sebelum merdeka sehingga pilihan raya umum (PRU) yang terakhir (kali ke 13),

“DAP tak ada……parti-parti yang lain ‘kira berhingus’ (baru) belaka, kalau nak banding pengalaman politik yang ada pada PAS ,” tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Markaz Besar PRU Kali Ke-14, di masjid Jabi pada Jumaat 2 Februari.

Turut hadir dan berucap pada Majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehen Muhyi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata, para petugas, ahli dan penyokong PAS dusah bersedia menghadapi PRU14 pada bila-bila masa sekali pun.

Katanya, rata-rata di seluruh negara, semua pendokong PAS bersemangat dan mengambil inisiatif masing-masing melemgkaplan persediaan menghadapinya.

“kita pergi ke seluruh negara dan berjumpa dengan sahabat seperjuangan di segenap pelusuk, masing-masing menunjukkan semangat yang sangat tinggi nak hadap PRU14,

“nampak PRU kali ini mempunyai ‘hawa’ (suasana) yang lain, berbanding pada masa-masa yang lalu,” jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru semua petugas agar menumpukan masa di kawasan masing-masing kepada kerja-kerja menghadapi PRU 14 sepenuhnya dan pedulikan fitnah dan tohmah yang dilemparkan.

“kita kena duduk dihadapan dan memasarkan apa yang parti kita bawa kepada orang ramai dan pakat sampaikan kepada pengundi dan masing-masing mengambil peranan di sudut masing-masing,” tambahnya