KUALA TERENGGANU – Kerajaan digesa menyiapkan segera pembinaan naik taraf jalan Kepong ke Kampung Sungai Rengas yang kini menjadi alternatif utama kepada penduduk sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata, beliau telah membawa isu kelewatan kemajuan jalan tersebut pada Persidangan DUN awal Disember lalu, namun tiada sebaang perubahan berlaku.
“Sekarang ini di Jalan Kepong hingga Sungai Rengas……jalan ini (panjangnya) sekitar satu kilometer, jadi saya bawa isu ini di Dewan Undangan Negeri pada 12 Disember hari itu,
“saya bertanya berapa kos pembinaan jalan dan ‘progress’ (kemajuan) dia, lalu kerajaan menjawab sebanyak (kos) RM7.4 juta dengan jalan sebesar ini dari segi kemajuannya sepatutnya 40% dah selesai,


Persoalannya, kata beliau, jalan tersebut yang menjadi laluan pengguna, sesak pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan petang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjauan pembinaan jalan itu pada Rabu 17 Januari.
Selain itu kata beliau, jalan tersebut ‘sesak teruk’ pada petang setiap Rabu kerana ia menjadi laluan utama berikutan ada pasar malam berlangsung di Kampung Pengadang Baru.
“ia menjadi alternatif utama mereka untuk lalu dan antara mereka (mahu) ke Kuala Berang……kita dapat lihat jalan (ini) yang sentiasa sibuk apabila mereka balik kerja ataupun pergi bekerja.


Menurutnya, pada lokasi itu, seorang Iman dari Kampung Kubang Tangga bernama Haji Abdul Wahab, telah meninggal dunia setelah terlibat dengan nahas jalan raya.
Beliau juga berharap supaya kerajaan meletakkan sebuah lampu isyarat di simpang terbabit bagi mengurangkan kecelakaan akan datang.
“Ramai penduduk merungut kerana jalan ini tidak selesai, kita tidak melihat sebarang aktiviti (pembinaan sekarang dan) jangkaan (siap) dua tahun,


Justeru itu, beliau merayu dan benar-benar berharap agar pihak kerajaan menyudahkan jalan itu seberapa segera yang mungkin.
“sampai bila mereka (kerajaan) boleh menyelesaikannya? Keadaaan (hari ini) ini agak ‘jem’ juga depan masjid (al-Muttaqin) Kepong dan ini satu hal yang perlu kerajaan segerakan kerana peruntukan dah ada,
“kenapa projek ini tertangguh? (dan) pada saya dah agak lama daripada proses biasa……Itulah yang saya nak maklum kepada rakyat supaya pemimpin kerajaan menyelesaikan segera untuk kepentingan rakyat negerti Terengganu,” katanya lagi.




























