Bajet 2018 Tiada Penumpuan Aspek Kerohanian

2009

DUNGUN – Kecemerlangan sesuatu umat lahir daripada paksi yang paling utama pada diri manusia yang dapat memenuhi keperluan kepada hidup mereka.

Namun, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kesal, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal memberi tumpuan kepada aspek kerohanian.

“Dalam bajet 2018, sekolah agama rakyat tidak dapat peruntukan, sedangkan melahirkan manusia itu mudah tetapi susah melahirkan kemanusiaan,

“bagaimana manusia yang kita (akan) bentuk bukan sesuatu yang mudah….persoalan apabila melibatkan agama ianya sangat sulit dan susah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika beruacap pada Majlis Anugerah Kcemerlangan UPSRI Madrasah Dar Terengganu, di Dewan Darul Bayan pada Sabtu 25 November.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan memberi penekanan dalam soal rohani kerana ia adalah penting kepada kejayaan negara yang mahu dicapai.

“Ia sepatutnya diberi penekanan khusus. Inilah yang saya sebut tentang pentingnya untuk kita lihat kejayaan yang kita capai,” tegas beliau.

Oleh itu, PAS mewujudkan sekolah-sekolah agama sendiri tanpa bantuan kerajaan kerana ia merupakan matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan ini.

Katanya, ‘pakej’ kepada orang Islam itu adalah memperjuagkan Islam, bukan mengambil sebahagian Islam dan menolak yang lain.

“Kita mahu lahirkan umat yang ini…..yang lahir dengan manusia yang yakin dengan agama. Generasi yang mengiyakan Islam sebagai agama mereka,

“yakin dengan kecukupan nikmat (Allah)…… generasi yang yakin (kepada) agama Islam, jasad dan roh. Agama Islam bagi kehidupan dan kematian,” jelasnya.

Beliau berkata, tidak sayugia kepada orang Islam dan manusia yang dijadikan oleh Allah tidak redha dengan Islam yang perjuangkan PAS.

“Kita ambil Islam, secara automatiknya kita ada pakejnya. Kita ambil Islam, pakejnya perjuangan Islam. Sahabat nabi, mereka anggup disakiti dan diseksa dan dipulau kerana mereka memahami Islam itu.

“Kita sanggup (menjadi) seperti mana sahabat nabi). Kita yakin dengan keredhaan Allah. Kita meneruskan usaha yang sedikit dan menjadi besar bila mendapat keredhaan Allah,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua warga pendidik Islam dan tenaga kerja Madrasah Dar Terengganu agar meneruskan kecemerlangan yang ada untuk menjadi contoh dan sebagai pemimpin ‘ummah’ akan datang.