Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menambah lagi peruntukan tambahan bagi Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir sebanyak RM23 juta.
Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, peruntukan sebanyak RM37 juta telah pun diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, 26 November 2016.
Sidang DUN hari Isnin telah meluluskan peruntukan tambahan baharu sebanyak RM23, yang diragui oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mendedahkan hampir RM350 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembangunan kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir sejak tahun 2014 hingga 2017.
Apa yang diraguinya kata Hishamuddin ialah, berlaku ‘extension time’ yang begitu panjang sebelum projek itu dapat disiapkan 100 peratus.
“Berdasarkan rekod yang kita catatkan sepanjang penggal ini bermula dari 2014, untuk kod P.02 (03944)- Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir itu telah mencatatkan jumlah sebanyak RM349,500,000.00 juta.
“Bajet yang telah pun disenarai berdasarkan Bajet 2014, 2015, 2016 dan 2017. Dan kini, kita ada tambahan lagi RM23 juta ke atas RM37 juta yang difahamkan telah pun digunakan pada tahun 2017.


“Apa yang ingin saya sentuh dalam kesempatan ini adalah dari beberapa sudut. Pertama mohon penjelasan pihak kerajaan kenapakah projek-projek yang dibuat mengalami ‘extension time’ (tambahan masa) yang begitu panjang.
“Bermula dari komponen (Kompleks Kastam) Pulau Bayas. Kalau kita melihat Pakej 1 sehingga Pakej 6, ada sebahagiannya selesai dan kebanyakkannya mengalami suatu masalah yang cukup serius,” tegasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan jika kerap kali berlaku tambahan masa akan menjejaskan operasi projek tersebut.
“Saya beri contoh, Pakej 3 iaitu bangunan pencawang elektrik dan pemasangan kabel elektrik yang dianugerahkan kepada Archpac Corporation Sdn Bhd.
“Ini kerana, ‘Extension of Time’ kali kelima (berlaku) pada 30 Jun 2017 lalu, dan saya yakin oleh kerana ‘progress’ projeknya masih lagi berada dalam keadaan mendukacitakan.
“Kemungkinan besar jika sekiranya tidak diambil suatu tindakan yang serius, Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas itu yang dicadangkan untuk beroperasi pada bulan Ogos 2018 kemungkinan besar tidak akan berjaya untuk dioperasikan,” jelasnya kepada Dun Terengganu.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu mengimbau janji-janji pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu mengenai operasi Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir itu.
“Apa yang telah dijanjikan oleh kepimpinan kerajaan negeri pada 8 September 2015, Adun Permaisuri, Dato’ Mohd Jidin Shafee ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri.
“Januari 2016, kita akan operasi (Zon Bebas Cukai) dan diperkukuhkan lagi dengan laporan media pada November 2015. Operasi Pusat Bebas Cukai akan mulakan operasi bermula awal tahun 2016 dan kini, yang terbaru (operasi) adalah pada Ogos 2018.
“Oleh kerana ini adalah satu projek yang ‘super mega’ pada saya dan kesungguhan rakyat untuk mengetahui. Apa guna ratusan juta (wang) yang kita keluar kemudian ‘extension time’ terus berlaku dan dalam masa yang sama kita terus untuk meningkatkan perbelanjaan,” jelasnya dengan nada kesal.
Sehubungan itu, Ustaz Hishamuddin menuntut penjelasan dari pihak kerajaan negeri terutamanya Ahli Exco berkenaan.
“Tambahan (Bajet) yang kita (Ahli Dewan) buat pada hari ini dan saya yakin apabila tambahan ini dibuat kita perlu mendapatkan penjelasan Exco yang bertanggungjawab.



























