Rakyat Tak Ada Kerja, Pemimpin Umno Lebih Selesa Tabur Janji

2497

Hasrat besar PAS pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang adalah untuk menang pada kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Nerus.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu YB Dr Alias Razak satu-satunta DUN yang belum dimenangi adalah Seberang Takir.

Oleh itu beliaun menyeru semua pengundi dalam DUN tersebut untuk membuat perubahan, mengundi PAS, sebagaimana penduduk pada tiga kawasan iaitu, Tepoh, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal.

Katanya, sekiranya PAS berjaya menang di DUN Seberang Takir, DUN yang dimenangi oleh Menteri Besar sekarang, harapan PAS sangat cerah untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

Ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, yang diadakan di Dataran Masjid Kampung Batin, Seberang Takir pada 8 Julai, kemengangan PAS, in shaa Allah pada PRU14 adalah sangat penting, bagi mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik.

“Iaitu kita boleh buat banyak perubahan dan ini janji kita untuk rakyat untuk kita memperbaiki keadaan kehidupan rakyat di Terengganu ini.

“Kerana sebagaimana yang kita tahu Terengganu bukanlah negeri yang miskin bukan negeri kurang hasil (an) Terengganu merupakan negeri yang paling banyak hasil di semenanjung (Malaysia) ini .

“Selain daripada kita ada petroleum di laut kita……kita ada biji besi di daratan……ada silika di pantai, (dan) kita ada kelapa sawit dan getah di pedalaman,” kata beliau.

Rakyat Terengganu pelu sedar, sumber hasil bumi ada di Terengganu dan pendapatan negeri sekitar RM2 bilion iaitu RM2000, 000,000 setiap tahun berbanding Kelantan hanya RM500 juta.

Walaupun, perbelanjaan negeri Kelantan hanya suku bahagian atau 25 peratus sahaja dari pendapatan Terengganu namun kebajikan yang diperolehi rakyat Kelantan, lebih baik berbanding di Terengganu.

“Tapi kita masih lagi dikategorikan (sebagai) negeri yang ketinggalan dari sudut pembangunan instruktur kemajuan pendidikan dan sebagainya.

“Apatah lagi masih lagi masuk kategori negeri yang miskin berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia ini.

“in sha Allah jika kita berani kali ini, sama-sama buat perubahan (dan) untuk melihat satu perubahan yang akan dilaksanakan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS),” kata beliau lagi.

Perubahan yang akan dilaksanakan telah didedahkan oleh pemimpin PAS Terengganu melalui tawaran awal manifesto yang telah dibentangkan.

(Gambar atas – Kilang Estern Steel , Kemaman, yang digembar gemburkan akan memproses bijuh nesi Terengganu, masih belum beroperasi)

Banyak perkara menarik dalam manifesto tersebut yang akan dilaksanakan melalui penggemblengan dan manupulasi memanipulasi serta memanfaatkan menafaatkan sumber hasil sedia ada seperti bijih besi dan silika.

Buat masa ini, kedua-dua hasil bumi Terengganu itu diekspot secara mentah keluar negara, tanpa di proses.

Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional itu telah mengkhianati janji yang keluar dari mulut-mulut pemimpin mereka sendiri terutamanya dari Menteri Besar.

Kedua-dua bekas MB dan penyamdang jawatan sekarang telah tidak melaksanakankan amanh rakyat dengan membenarkan hasil bumi milik rakyat itu dibawa keluar negeri sewenang-wenangnya.

(Gambar atas – Hasil silika Terengganu yang bermutu tinggi tidak diproses dalam negeri)

Dato’ Seri Ahmad Said berjanji akan memproses besi di kilang dalam negeri Terengganu dan begitu juga Ahmad Razif, berjanji akan memproses silika, dan bukannya diekspot terus.

Oleh kerana itulah, peluang pekerjaan untuk anak negeri tidak ada yang mana menurut maklumat statistik, kira-kira 17,000 0rang beliau tempatan menganggur, tiada pekerjaan.

“sebahagian besar berhijrah keluar dari Terengganu untuk mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur Lembah Kelang dan sebagainya,

“sedangkan ramai anak-aanak saudara…… anak-anak kita berpendidikan tinggi, professional…..kita ada jurutera, ahli kaji bumi…….. kita ada arkitek kita ada dan macam-macam,

“tapi mereka terpaksa berhijrah untuk mencari nafkah mereka, mencari pekerjaan.||

“Sedangkan negeri Terengganu ada peluang yang boleh di manafaatkan untuk memberi pekerjaan kepada belia kita!,” tambah beliau.

Tetapi tidak diusahakan sepenuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional yang ada pada hari ini.

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional seolah-olah lebih selesa menabur janji dan ‘gula-gula’ politik dengan mengagihkan dana khas, dana itu dan ini, tanpa memikirkan peluang pekerjaan untuk rakyat!