Semakin Banyak Bantuan Kerajaan, ‘Signal’ PRU14 Kian Hampir

1887

Oleh : Rohayati Ripin

Bantuan yang di taburkan ‘merata-riti’ oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional muktahir ini jelas menandakan pilihan raya umum kali ke-14, semakin hampir.

Dana Remaja telah diagihkan pada program perasmian oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Njib Razak ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas,Tepoh, 15 April yang lalu.

Selain itu, dilaporkan Dana Raya dan BR1M turut diagihkan pada bulan Ramadan ini.

Justeru itu, pada hujung minggu lalu, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zairani Bt Othman berkata, pemimpin besar negara mula turun ke negeri dan kawasan ‘bermoreh’ dan berbuka puasa serta pelbagai ‘program rekaan’ menunjukkan pilihan raya bakal muncul selepas ‘hari raya’.

“Nampaknya itulah caranya (Umno) mula berkempen. Berbeza dengan kita (PAS),

“kami Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu akan turun ke bawah untuk bertemu sahabat handai, para wanita dan masyarakat dalam program sumbangan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim,” jelasnya.

Bahkan katanya, disesetengah DUN, undi wanita melebihi muslimin yang menampakkan betapa pentingnya sokongan wanita dalam pilihanraya akan datang.

Pentingnya sokongan undi wanita kerana sesetengah dun undian wanita lebih tinggi berbanding muslimin.

Beliau berkata demikian ketika di temu bual dalam program Sembang Ramadhan bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu yang di adakan di studio HARAP TV, pada Khamis 15 Jun .

“Justeru kami menyeru kepada semua marilah kita sama-sama menyokong kepimpinan yang beramanah, bertakwa dan menyokong kepimpinan calon PAS samada lelaki ataupun perempuan,

“Sebab kita tiada tujuan lain yang kita nak supaya kita boleh laksanakan amanah sebagaimana yang di perintahkan oleh Allah SWT “, ujarnya.

“Terengganu negeri yang kaya dengan galian namun hasilnya tidak disalurkan kepada orang sepatutnya,

“Inshaallah PAS akan jaga amanah rakyat jika di beri peluang memerintah … kita akan jaga duit rakyat,

“Kami menaruh keyakinan calon yang kita pertaruhkan pada PRU14 nanti dapat melaksanakan amanah dengan sebaik-baik nya serta menjadikan Terengganu maju sejahtera dan berkat”, katanya