KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Teluk Pasu, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan rumah terbuka Idulfitri DUN tersebut.


“Alhamdulillah…………..dengan izin Allah majlis rumah terbuka Idulfitri DUN Teluk Pasu pada hari ini berjaya disempurnakan (dan) kehadiran yang ramai dari masyarakat warga DUN Telok Pasu menjadi penawar,
“mengubati rasa keletihan dan kepenatan para petugas sehingga semua wajah kelihatan ceria dan gembira atas kejayaan majlis pada hari ini,”ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut semalam, pada Sabtu 9 Julai.


“bagi pihak saya ucap terima kasih juga kepada AJK MTD, Pemuda dan Muslimat DUN serta UPU Teluk Pasu yang telah membuat persiapan semenjak dua minggu yg lalu.
“Tidak ketinggalan ditujukan ucapan jutaan terima kasih kepada Unit Amal DUN yang telah bertugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan juga ‘parking’,”katanya.


“Terutmanya kepada Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Hj Mustafa Ali, Bendahari PAS Terenggan yang juga YDP PAS Kuala Nerus Cikgu M Syukrimun Shamsuddin, ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah,”tambahnya



























