BN belanja RM3 bilion di Tenang?

910

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/3b.gifMalam ini, Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) ‘meraikan’ kemenangan yang tidak bermaruah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di N05. Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Labis, Johor.

Sekali pun BN mendabit dada kononnya menang dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut tetapi Awang melihat itu suatu kejayaan yang tidak bermaruah seperti ‘pelacur politik’ atau ‘gigolo politik’.

Apa tidaknya, hanya untuk kemenangan yang memperolehi majoriti kurang lebih 3,707 undi itu Umno-BN terpaksa membelanjakan hampir atau lebih RM3 bilion wang rakyat sebagai ‘rasuah politiknya’ di Tenang.

Awang tidak persoalkan jika dengan jumlah RM3 bilion itu Umno-BN akan mendapat undi rakyat 100 % (10,579 orang) atau paling kurang 99 % (10,578 Orang) dan hanya Cikgu Mala (Normala) sahaja yang tidak undi BN.

Ketika berkempen, Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rasuah politik awalnya kepada peneroka Felda yang berjumlah RM1.6 bilion.

Sepanjang kempen berlangsung pula pelbagai ‘pak menteri’ dan kuncu-kuncunya membuat tawaran demi tawaran, projek demi projek, janji demi janji dan sebagainya yang juga berjumlah RM1.4 bilion?

Baca terus dari sumber>>>