Sayang Sarawak Rezeki Rakyatnya Sempit

1841

Oleh : Azizah Mahmood

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam dari Kuching melalui beberapa jambatan kecil melintasi sungai-sungai kecil untuk sampai ke Sebuyau yang terletak di muara sungai Batang Lupar.Punca pendapatan adalah menjadi nelayan yang menangkap ikan kecil ( gonjeng) dan udang.

Kebiasaannya ikan gonjeng di buat kering. Ikan inilah yang menjadi punca rezeki masyarakat berbilang kaum di Sebuyau.Penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, antaranya ialah masyarakat Melayu, cina dan Iban. Cukup unik dengan budaya dan adat yang berbeza.Dari Kampung Tebelu, Kelihatan jemuran ikan menghiasi jalan jalan kecil.

Seorang ibu tunggal Muda berusia 23 tahun mengadu “banyak yang kamek minta sik dapat, minta rumah sik dapat dapat.sekarang duduk rumah nenek”, keluh adik shimah yang mempunyai anak perempuan berusia 6 tahun, dan kini hamil sembilan bulan.

IMG_20160506_202409Masyarakat yang jauh dari pembangunan lebih malang apabila tidak mendapat bantuan sedang statusnya adalah miskin. Sempitnya sungai Serawak seakan sempitnya juga kehidupan masyarakat.

Seorang lelaki Iban Sanggul a/l Pichang, mengadu bila di tanya tentang pendapatan sara dirinya” kerja kebun, cukup makan. 3 orang anaknya meninggalkan Kampung bekerja di Bandar kerana di Kampung tiada kerja selain berkebun kecil kecil” keluh beliau yang tinggal di Kampung Bajong hilir.yang dalam perjalanan balik berjalan kaki sejauh satu kilometer.

Tanpa pembangunan dan harga barangan yang di jual tersangat murah. Dengan di semenanjung harga sebiji kelapa Rm 2. Tercicir dari arus pemodenan satu hal dan di tambah lagi dengan infrastruktur yang terpinggir.

“Bekalan air bersih selalu terhenti begitu juga elektrik. Menyebabkan penduduk kampung diberi tangki air 1M, untuk menadah air hujan” kata Nushazimah yang menampal bendera PAS besar di dinding rumahnya.

Itu antara dua luahan pnduduk kampung. Berbeza dengan pandangan 2 orang pegawai kerajaan berbangsa kadazan.

” Kerajaan serawak tidak menyeluruh membuat pembangunan,ada tempat yang tidak menerima bekalan air bersih dan eletrik, terutama di Kapit.sekarang PAS bertanding .saya harap ada perubahan kerana PAS akan bantu semua orang tanpa kira agama, saya tahu itu” kata Jemudin Agas (47) ketika di temui di atas feri ke Sebuyau. Beliau merupakan kakitangan kerajaan.